Latar belakang Ahmad_Fadhli_Shaari

Ahmad Fadhli dilahirkan pada 18 Julai 1980 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong pada 1992-1999, kemudian beliau melanjutkan pengajian di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), NIlam Puri selama tiga tahun (2000-2003). Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Kuliyyah Dakwah Islamiah, Universiti al-Azhar (2003-2004). Beliau mendirikan rumahtangga dengan Nor Yani Mohd Salleh dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.